Thursday, June 21, 2012

Part1 Bab1


Nur Ilyani Hana melontarkan pandangannya ke luar kereta. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Seorang lelaki berbadan tegap berkumis nipis yang sedang memandu di sebelahnya tersenyum melihat wajah Ilyani. “Ilyani muka kamu tu janganlah masam sangat. Bukankah lebih baik kamu senyum? Lagi comel,” Encik Harris menasihatinya. Ilyani memandang wajah ayahnya. Dia tersenyum. Mendengar suara ayahnya memujuk dapat mengubati luka di hatinya.
                Kereta Honda Accord milik Encik Harris berhenti di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Ria. Ilyani mengekori langkah ayahnya ke pejabat sekolah. Selesai berurusan dengan guru besar , Ilyani dan Encik Harris mngikuti Puan Shahirah ke kelas baru Ilyani. “Ilyani, ayah perlu pergi dahulu. Ilyani ikut Puan Shahirah ke kelas ya. Puan, tolong perhatikan Ilyani ya. Saya pergi dulu,” Enck Harris berlalu pergi.
                Puan Shahirah membawa Ilyani ke sebuah kelas. Mata Ilyani memandang papan tanda kelas itu. 4 Amanah. “Assalamualaikum, cikgu!” seluruh kelas memberi salam kepada Puan Shahirah. “Puan Wardina, ini pelajar baru. Tolong dia sesuaikan diri ya.”
                Mata-mata nakal pelajar lelaki merimaskan Ilyani. Pelajar permepuan pula ada yang tersenyum malah ada yang berbisik. “Baiklah. Kamu boleh perkenalkan diri.”
                Gemuruh Ilyani dibuatnya. Dia menarik nafas panjang lalu tersenyum manis. “Assalamualaikum. Nama saya Nur Ilyani Hana. Boleh panggil saya Ilyani.”
                “Ilyani? Sedap nama kamu. Kamu boleh duduk di belakang. Di sebelah Alya.”
                Sambil Ilyani berjalan, sepasang mata milik seorang lelaki memandangnya.
Matanya memandang papan hitam. Semua pelajar sudah keluar dari kelas untuk mengisi perut yang kosong. Hanya tinggal dia dan kawannya. “Asyraf, kau termenung apa?” Danish menepuk bahu Asyraf perlahan. Asyraf terkejut. “Kau nak tahu tak?”
                “Tahu apa?”
                “Budak perempuan tadi tu. Dia..”
                “Apa? Cantik? Kau suka kat dia?” Danish serkap jarang sambil membuat muka nakal.
                Asyraf menampar lengan Danish. Merah muka Asyraf dibuatnya. “Bukan. Sebenarnya dia tu ...”
                “Cepatlah cakap!”
                “Dia tu kawan aku masa di sekolah lama. Kami pernah bergaduh. Itu yang buat aku terkejut bila dia masuk kelas tadi. Dia popular di sekolah. Pandai, aktif dan berbakat. Satu lagi. Minat dia ialah K-pop. Tak faham apa yang bagus sangat tentang Korea ni. Kau faham?” Asyraf menuding jarinya kepada Danish.


                Pantas Danish menggeleng. Mereka mengeluh serentak. Loceng berbunyi. Pelajar-pelajar kelas itu mula memasuki kelas.

No comments:

Post a Comment