Thursday, June 21, 2012

Part1 Bab1


Nur Ilyani Hana melontarkan pandangannya ke luar kereta. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Seorang lelaki berbadan tegap berkumis nipis yang sedang memandu di sebelahnya tersenyum melihat wajah Ilyani. “Ilyani muka kamu tu janganlah masam sangat. Bukankah lebih baik kamu senyum? Lagi comel,” Encik Harris menasihatinya. Ilyani memandang wajah ayahnya. Dia tersenyum. Mendengar suara ayahnya memujuk dapat mengubati luka di hatinya.
                Kereta Honda Accord milik Encik Harris berhenti di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Ria. Ilyani mengekori langkah ayahnya ke pejabat sekolah. Selesai berurusan dengan guru besar , Ilyani dan Encik Harris mngikuti Puan Shahirah ke kelas baru Ilyani. “Ilyani, ayah perlu pergi dahulu. Ilyani ikut Puan Shahirah ke kelas ya. Puan, tolong perhatikan Ilyani ya. Saya pergi dulu,” Enck Harris berlalu pergi.
                Puan Shahirah membawa Ilyani ke sebuah kelas. Mata Ilyani memandang papan tanda kelas itu. 4 Amanah. “Assalamualaikum, cikgu!” seluruh kelas memberi salam kepada Puan Shahirah. “Puan Wardina, ini pelajar baru. Tolong dia sesuaikan diri ya.”
                Mata-mata nakal pelajar lelaki merimaskan Ilyani. Pelajar permepuan pula ada yang tersenyum malah ada yang berbisik. “Baiklah. Kamu boleh perkenalkan diri.”
                Gemuruh Ilyani dibuatnya. Dia menarik nafas panjang lalu tersenyum manis. “Assalamualaikum. Nama saya Nur Ilyani Hana. Boleh panggil saya Ilyani.”
                “Ilyani? Sedap nama kamu. Kamu boleh duduk di belakang. Di sebelah Alya.”
                Sambil Ilyani berjalan, sepasang mata milik seorang lelaki memandangnya.
Matanya memandang papan hitam. Semua pelajar sudah keluar dari kelas untuk mengisi perut yang kosong. Hanya tinggal dia dan kawannya. “Asyraf, kau termenung apa?” Danish menepuk bahu Asyraf perlahan. Asyraf terkejut. “Kau nak tahu tak?”
                “Tahu apa?”
                “Budak perempuan tadi tu. Dia..”
                “Apa? Cantik? Kau suka kat dia?” Danish serkap jarang sambil membuat muka nakal.
                Asyraf menampar lengan Danish. Merah muka Asyraf dibuatnya. “Bukan. Sebenarnya dia tu ...”
                “Cepatlah cakap!”
                “Dia tu kawan aku masa di sekolah lama. Kami pernah bergaduh. Itu yang buat aku terkejut bila dia masuk kelas tadi. Dia popular di sekolah. Pandai, aktif dan berbakat. Satu lagi. Minat dia ialah K-pop. Tak faham apa yang bagus sangat tentang Korea ni. Kau faham?” Asyraf menuding jarinya kepada Danish.


                Pantas Danish menggeleng. Mereka mengeluh serentak. Loceng berbunyi. Pelajar-pelajar kelas itu mula memasuki kelas.

Sunday, April 15, 2012

Super Junior



FOLLOW AND COMMENT IF YOU LOVE SUPER JUNIOR

Pergi ke Ipoh,Perak! #2

Okey .. Sambung balik, eh ! Hermm .. Ha! Dekat rumah Tok Saudare tuh . Tak ada cerita apa-apa sangat. Lepas tu kami balik semula ke Homestay. Sambut Birthday mak cik aku ! Riuh la... tak tau nak habaq! (Saya orang penang)

AHAD


Bangun pagi , gosok gigi, intai makanan! Makan roti canai segera yang dibawa dari Penang oleh ayah aku. Sedap! Lepas tu kami makan MAGGI .. Makan Maggi pagi-pagi tak gosok gigi !! HAHA!! Kami sembang la adik beradik . Yang tak berkenaan(budak kecik) pun dengar orang tua dok sembang.. :) (nakal tauuu)

TESCO
Kami gi lak Tesco. Beli Orkid. Dalam perjalanan pulang, kakak aku sembang la ngan aku. Ltak nama Orkid kaler merah nama "MUYA" yang kaler purple "MUYI"


Pastu abah saya kata "Aihh .. Mana boleh .. tu orkid abah yang punya"  Tukar lak nama ..

MERAH= BERCHAM (Kakak aku kata cam Beckham)


PURPLE=KINTA (Aku kata cam nama orang Jepun)


Last2 tak tau la jadi ke tak nama tu .. HAHAH .. Assalamualaikum !!

Pergi ke Ipoh,Perak! #1

Assalamualaikum !! Hari ni Syarifah baru balik dari Ipoh . Pergi melawat Tok Saudare yang sakit. Tapi , Alhamdulillah tak serius sangat .. :)

Kitorang bertolak pukul 2. Hari Sabtu. Hermm .. Hah! Sampai kat sane kami terus ke homestay! NK Homestay namanya . Uishh .. RM200 tau ..  keluarga belah ayah seramai 5 orang dan sepupu2 aku yang dok kat situ. Mak Cik aku yang seorang lagi duduk kat Homestay lain. Rumah tu macam orang kaya kott !! 4 Bilik 4 Toilet. Puishh .. Dapur saja pun dah kaya! Heheh .. Rumah pemilik homestay tu bersebelahan dengan homestay yang kami duduk . Lepas sampai homestay kami siap2 nak keluar pergi rumah Tok Saudare aku tu lah!

                 Mak cik and pak cik aku yang lain pergi terus ke rumah Tok Saudare then baru diorang pergi ke homestay. Nak cari rumah tu sampai sesat . Ayah aku kalo dah marah kite yang lain dok senyap jer .. HAHA. Bila dah sampai kat umah Tok Saudare, sepupu aku yang lelaki umur 13 tahun, ni pun sampai dah. Beza cuma setahun . AKu 12. Kami sembang la duorang. Dia tanya aku pasal L pulak... Aku jawab dengan lancar tau ! Aku suka kalau orang tanya aku pasal DIA .. HAHA. Gedik ngat aihh .. saya tak gedik ehh ..




BERSAMBUNG ..

Friday, April 13, 2012

Aku Bersyukur Kepadamu Ya ALLAH ..

Assalamualaikum !

Berita baik ! Terbaik dari ladang ! Fresh .. Basah lagi ni .. Tak kering + tak busuk lagi khabar ni .. Heheh .. Bukan lah berita yang keluar kat tv oke! Markah Periksa .. Tak sangka boleh setinggi itu ! Maybe orang pandai tak kisah la kot dnegan markah aku ehh ..

BM PEM : 95%

MATH: 90%

Woww!! May be sebab soalan kali ni senang .. atau sebab aku faham apa yang cikgu ajar  . Bukanla nak bangga tapi Syarifah just nak share my happiness . BI ,SC dan BM PEN nanti tengoklah macam mana pulak yer !! BYE .. Salam Sayang Penulis Sepi .. (Merepek jerh ..)

Super Junior EunHae Couple



Assalamualaikum  .. Anyeong Haseyo ..

First of all nak tanya .. kenal tak couple ni ? ELFs mesti tau kan? I am new ELF .. :) Tengok okey video ni! Kalau tak best takkan Syarifah nak share kan ? Kalau tak minat SuJu pun, tengok okey? EunHae = Eunhyuk + Donghae.

Hemm .. Kalau dah tengok, komen okeh! Love you Dancing Machine !! Love SuJu Members ..

Done ! Alhamdulillah .. Cara letak lagu !!

Assalamualaikum ..

Punya jauh mencari , Last, jumpa kat sebelah jer !

Cari la tutorial mana pun .. Kakak tu punya tuto la kakak ni la! Last2 blog yang satu lagi (yang aku punya) lah jawapanye .. :) Aku suruh kakak yang aku kenal tu buat blogskin dan bila aku teliti betul-betul dekat lagu yang ada dalam blog tu baru la aku tau nak cari kat mana letak lagu dalam blog .. SCM Music Player .. !!
Aku dah try sedaya upaya tutorial dalam pelbagai blog .. Tapi tak jadi ! Last jumpa gak ! Hermm ..  Add saya kat Facebook  http://www.facebook.com/profile.php?id=100001597610126  (Ni x de kaitan ngan topik ni)